Oh! Artis

Dikecam Guna Gambar ‘Double Meaning’ Dan ‘Soft P*rn’, Nilofa Group Mohon Maaf

Published on

Syarikat Nilofa Group hari ini tampil dengan satu permohonan maaf selepas dikecam teruk masyarakat kerana menggunakan gambar tidak senonoh mempromosikan produk kesihatan batin.

BACA: “Kena Gambar Macam Ni Ke?” – Netizen Anggap Iklan Produk Batin Neelofa Keterlaluan

Dalam hantaran yang dibuat di Instagram, pihak team Isterix menerima segala teguran dan berjanji untuk menjaga sensitiviti dalam menghasilkan sebarang konten.

Mereka dengan rendah diri memohon keampunan kepada semua pihak yang terlibat dengan kesalahfahaman produk yang dipaparkan.

Terdahulu, usahawan Neelofa menjadi sasaran kecaman netizen apabila syarikat miliknya menggunakan imej berbaur lucah atau ‘soft p*rn’ mempromosikan produk mengeratkan hubungan suami isteri.

Orang ramai beranggapan iklan sebegitu tidak sesuai memandangkan imej Neelofa seorang muslimah berpurdah.

Kredit: Instagram nilofagroup

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version