Oh! Artis

Didakwa Pilih Artis, Netizen Cabar PU Syed Tegur Siti Nurhaliza Pakai Ketat

Published on

Menegur ke arah kebaikan merupakan perkara yang amat digalakkan dalam umat Islam. Tapi, lain pula dengan seorang netizen di media sosial kali ini.

BACA: PU Syed Hentam Baby Shima Keluar Fatwa Sendiri Tentang Konsert, – “Senang Sungguh Jari Jemari Menaip”

Seorang individu bertindak mencabar pendakwah, PU Syed untuk menegur pemakaian segelintir artis tempatan termasuk penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Norhaliza.

Netizen cabar

Satu screenshot telah dimuat naik oleh PU Syed di Instagram memaparkan netizen tersebut mendakwa dirinya memilih artis untuk ditegur.

PU kau berani ke tegur Datuk Siti sebab pakai ketat ikut bentuk badan? Kau berani ke tegur kumpulan Dolla juga? Confirm tak.. Sebab aku perhati je dengan kau ni.. kau lebih memilih artis yang banyak haters.. yelah kalau Datuk Siti, Dolla kan banyak supporters mana kau berani.

Menjengah ke ruang komen pula, rata-rata warganet berasa terhibur dengan gelagat individu tersebut yang seolah-olah tidak mengikuti dakwah yang sering disampaikan PU Syed.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version