Oh! Artis

“Dia Tak Ada Abang” – Sufian Suhaimi ‘Sound Tepek’ Netizen Tuntut Hutang RM12k

Published on

Penyanyi Sufian Suhaimi baru-baru ini khabarnya dah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati dikenali sebagai Rania Al Sadat.

Walaupun belum disahkan oleh penyanyi itu, tetapi video menunjukkan suasana sekitar majlis dah bertebaran di media sosial.

BACA: Muka Tunang Sufian Suhaimi Macam Intan Najuwa, Cantik Orangnya

Terbaru, timbul pula cerita tak sedap berkait dengan kekasihnya itu. Menerusi satu pendedahan di aplikasi X, seorang netizen mendakwa abang kepada Rania liat membayar hutang sebanyak RM12,000.

Katanya, dah tiga tahun dia menunggu hutang diselesaikan tapi nampaknya janji kosong je. Dah alang-alang berita tunang Pian viral, individu ni pun selit minta penyanyi itu selesaikan hutang.

Takkan nak diam je bila nama kena petik? Sufian respon memaklumkan kekasihnya itu tak ada abang. Kalau ada pun, kenapa pula dia yang kena bayarkan?

Di ruang komen, ramai yang bersetuju dengan Sufian menyatakan dia tak perlu bertanggungjawab terhadap hutang orang lain.

Tak kurang juga yang menuduh individu tersebut menyerang orang yang tak ada kaitan dan sengaja mencetuskan spekulasi.

Kredit: X Sufian Suhaimi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


Exit mobile version