Ibunya, Rozita Ibrahim turut merayu kepada anaknya itu supaya memadam klip video demi menjaga maruah keluarga.
Ibunya memberi tempoh 24jam untuk Aliff Syukri membuat keputusan dan memikirkan air muka keluarga yang dicemuh masyarakat.
Ibunya yang juga merupakan seorang usahawan meluahkan rasa malu dan menasihati Aliff Syukri supaya tidak mencari publisiti murahan.
Tidak lama selepas itu, Aliff Syukri dalam keadaan teresak memohon maaf di atas khilafnya terutama kepada ibu dan isteri. Usahawan ini berkata dia akan mengundurkan diri daripada media sosial.
Demi ibu dan keluarga tersayang, dia tidak lagi aktif media sosial selepas ini. Dia turut berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.
Usahawan ini juga dipercayai telah memadam semua video kontroversi seperti yang diminta ibunya.