Oh! Artis

Datuk Red Pinjam Duit Adira RM100 Untuk Beli Juadah Berbuka Puasa

Published on

Semua sedia maklum isu tentang Datuk Red yang kini sedang mencari pekerjaan demi mencari rezeki demi anak-anak dan juga membayar hutang.

Datuk Red yang sudah muflis pada 2019 mengakui dia terpaksa pinjam duit daripada isteri keduanya, Adira bagi membeli makanan berbuka puasa untuk ketiga-tiga anak isteri pertamanya, Datin Red.

Baru-baru ini nak beli juadah berbuka puasa untuk anak pun saya tiada duit. Datin Red ada urusan di hospital dan minta saya uruskan anak-anak, kebetulan saya tiada duit langsung.

Anak saya tiga orang berpuasa. Saya kemudian mesej Adira, Alhamdulillah dia bagi saya RM100 untuk pinjam.

Selama 5 tahun Datuk Red dibantu oleh Isterinya, Adira. Harap urusan beliau untuk mendapat apa-apa jua pekerjaan dipermudahkan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version