Konsert kedua Gegar Vaganza ke-9 (GV9) yang berlangsung malam tadi disajikan dengan persembahan memukau para peserta yang rata-ratanya menunjukkan peningkatan daripada minggu yang sebelumnya.
Konsert kedua yang berlangsung itu juga turut dihadiri rakan artis lain antaranya Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, kumpulan Exist dan ramai lagi.
Teruk Sharnaaz dan Shila Amzah dibahan Kak Lina
Apa yang menjadi tumpuan ialah, kehadiran pelakon, Sharnaaz Ahmad yang juga merupakan bekas kekasih kepada Shila Amzah ternyata menjadi tumpuan sehinggakan kedua-dua selebriti tersebut teruk dibahan pengaca, Kak Lina Pom Pom.
Menerusi video yang tular itu, sejurus Shila Amzah selesai membuat persembahan, Kak Lina Pom Pom sempat mengusik dua selebriti yang pernah hangat bercinta suatu ketika dahulu.
Sharnaaz datang tak akan nak tengok Kak Lina kan? Shila okay? Kadang-kadang malu itu boleh jadi balik.
Netizen pun terhibur
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kedua-dua selebriti itu diusik secara langsung oleh Kak Lina Pom Pom.