Oh! Artis

“Dari Jauh Je Berani Sotong” – Caprice Balas Sindiran, Sharnaaz Ahmad Ajak Jumpa

Published on

Menerusi sesi live di Instagram malam tadi, pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahya membuatkan netizen terhibur apabila dilihat mengenakan filter berpakaian seperti pak arab berlatar belakangkan padang pasir. Dalam perbualan itu, Sharnaaz dikatakan meniru percakapan seorang penyanyi rap yang baru sahaja pulang dari Jordan.

BACA: Pakai Filter Pak Arab Di Live IG, Sharnaaz Ahmad Perli Caprice?

Memberi respon kepada perkara itu, Caprice menerusi hantaran terbaru berkata pelakon berkenaan hanya berani daripada jauh. Malah dia turut menggelar pelakon itu ‘sotong’.

Tidak hanya mendiamkan diri, Sharnaaz dipercayai telah menghubungi Caprice di Whatsapp memintanya untuk datang berjumpa di lokasi dihantar. Pelakon drama Isteri Mithali ini turut mendakwa telah disekat penyanyi rap tersebut.

Petik nama orang tapi block orang. Lu memang penakutlah. Konon bawa panji Islam. Jarum pun nangis pegang tangan orang. Belum kena gegar lagi.

Sharnaaz turut meminta pengikut memaklumkan kepada Caprice bahawa dia sedang menunggu di sebuah restoran Cili Kampung yang terletak di Hartamas.

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/09/241487673_4856233891072791_6156915501884808511_n.mp4

Meninjau ke ruangan Instagram, penyanyi rap itu memberi respon balas berkata ‘Mamu’ telah membuat kesilapan besar apabila cuba mencari masalah dengannya.

Kredit: Instagram Caprice | Instagram Sharnaaz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version