Pasangan merpati dua sejoli, Dai’ Syed Iqmal dan pengacara Hana Ismail hari ini telah sah bergelar suami isteri.
Memetik laporan mStar, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan dengan lafaz akad dalam bahasa Arab.
Diakad dalam bahasa Arab
Difahamkan, majlis akad nikah dilakukan secara kecil-kecilan di Masjid Ibnu Mas’ud pada pukul 11:43 pagi tadi.
Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini pula akan diadakan di Shah Alam Selangor malam nanti.
Untuk pengetahuan korang, pasangan ini berkenalan ketika menghadiri majlis agama. Dai’ Syed meluahkan rasa suka terhadap Hana melalui Umie Aida. Perkenalan mereka juga singkat selepas masing-masing ambil keputusan untuk bernikah.