Oh! Artis

“Bila Kena Dekat Keluarga Sendiri, Pandai Pulak Nak Buka Mulut Hingaq” – Rita Rudaini

Published on

Dibimbangi beri kesan serius terhadap kesihatan, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza), baru-baru ini menyarankan Kementerian Kesihatan (KKM) tangguh dahulu pemberian dos penggalak.

BACA: “KKM Perlu Tangguh Pemberian Dos Penggalak” – Dr Maza

Perkara itu turut menarik perhatian pelakon sensasi, Rita Rudaini. Di Instagram Story, pelakon itu seolah-olah memerli Dr Maza yang sebelum ini menyokong pengambilan vaksin untuk cegah jangkitan.

Tulis Rita, Mufti Perlis itu seolah-olah baru ‘sedar daripada tidur’ apabila ahli keluarga sendiri dilaporkan dalam keadaan kurang baik setelah suntikan dos penggalak. Namun punca sebenar masih belum dikenalpasti.

Dalam hantaran Instagram Story yang lain, Rita turut memuat naik tangkap layar laporan berita mengenai pemberian dos penggalak.

Katanya, pengambilan suntikan vaksin ini seolah-olah menjadi satu iktibar buat masyarakat, dan bukannya ikhtiar bagi menyelamatkan nyawa akibat pandemik itu.

Kredit: Instagram Ritrud727

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version