Oh! Artis

“Bila First Time Mengundi” – Leona Ditegur Tunjuk Kertas Undi Dalam Media Sosial

Published on

Influencer terkenal, Leona baru-baru ini telah ditegur oleh warganet kerana telah memuat naik satu video menunjukkan kertas undi miliknya di media sosial.

BACA: “Dah Macam Pakai Tuala Mandi” – Netizen Kritik Leona Pakai Kostum Sempena Halloween

Video tersebut dimuat naik di TikTok sebelum dipadam namun berjaya mendapat perhatian warga net untuk mengkritik tindakannya.

Tunjuk kertas undi

Leona kini sedang melanjutkan pelajarannya di London, United Kingdom dan ini menyebabkan influencer berumur 20 tahun itu terpaksa membuat undian pos bagi PRU-15. Namun, perkongsiannya di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi oleh netizen.

Ada yang memahami bahawa tindakan Leona tersebut adalah kerana terlalu teruja disebabkan ini adalah kali pertama dia mengundi.

Kredit: TikTok | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version