Oh! Artis

“Bertenang Semua Di Luar Sana” – Neelofa Perjelas Tujuan Ke Langkawi

Published on

Baru sahaja berkahwin namun Neelofa dan PU Riz terpalit dengan kontroversi selepas mereka dikritik ramai apabila didakwa merentas negeri ke Pulau Langkawi baru-baru ini.

Walaubagaimanapun menurut laporan polis dan juga penjelasan daripada pihak jenama minuman Chatime Malaysia, selebriti itu dikatakan berada di destinasi pelancongan tersebut bagi melihat lokasi baru cawangan minuman berkenaan di sana.

BACA: Atas Urusan Kerja, Neelofa & PU Riz Ke Langkawi Buka Cawangan Baru Chatime?

Hanya mendengarkan kenyataan daripada pihak polis dan juga Chatime Malaysia, Neelofa nampaknya lebih senang mendiamkan diri mengenai isu tersebut namun dilihat kekal tenang mengemas kini aktiviti sehariannya di kepulauan itu.

Terbaru, Neelofa memuat naik entri menerusi IG Story di laman Instagram miliknya bagi memberi respons kepada kontroversi yang menyelubungi dirinya itu.

Katanya, dia bersyukur ramai orang yang kini tahu mengenai cawangan terbaru Chatime miliknya di Langkawi dek isu tersebut.

“Bertenang semua di luar sana.. tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara.. syukur rezeki Allah atur, now berjuta orang tahu outlet Chatime saya akan dibuka di Langkawi.”

Wah! Besar betul misi Neelofa sebagai usahawan kan?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version