Pelawak, Shahrol Shiro menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa syukur apabila akhirnya Datuk Afdlin Shauki tukar fikiran dengan bersetuju untuk menutup kelab komedi di TTDI.
Shiro turut menafikan dakwaan dia kononnya membuat serangan politik ke atas pelawak senior itu. Orang ramai termasuk dirinya bersatu di atas nama agama Islam yang telah dihina beberapa individu di pentas komedi itu.
Mohon maaf jika tersinggung
Dengan meletakkan ikatan silaturrahim saudara sebangsa dan seagama di hadapan, saya dengan rendah hati mohon ampun dan maaf sekiranya ada membuat abang tersinggung.
Anggota kumpulan Shiro ini dengan itu memohon maaf sekiranya Afdlin tersinggung dengan kenyataannya sebelum ini.
Katanya lagi, seseorang haruslah memanfaatkan bakat seni yang dianugerahkan dengan mendidik dan memberi pengajaran supaya negara dapat membangun dengan lebih harmoni.