Biasalah bila anak-anak semakin membesar, pelbagai ragam yang perlu dihadapi ibu bapa. Seperti perkongsian Shakilla Khoriri ini, dia meluahkan rasa sedih apabila anaknya, Ameena sudah mula meninggikan suara apabila bercakap.
BACA: “Bagi Saya Ruang” – Shakilla Khoriri Kurang Selesa Majlis Nikah ‘Diceroboh’ Orang Luar
Bukan itu je, Ameena juga sering bercakap kasar menyebabkan hati seorang ibu tersentap. Pelakon ini tidak mahu mencari punca daripada pergaulan dengan kawan-kawan atau sesiapa pun.
Rutin setiap pagi, gomol anak dulu
Tetapi, dia bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu. Dia sudah menegur beberapa kali kerana bimbang percakapan membawa ke besar dan orang luar.
Menangis anak mula tinggi suara, cakap kasar
Pelakon ini berkata lagi, dia tidak pernah meninggikan suara kepada Ameena menyebabkan air matanya tumpah mengenangkan apa yang berlaku.
Anaknya bagaimanapun sudah meminta maaf dan Shakilla berharap ianya menjadi pengajaran sampai bila-bila.
Alaa, sedihnya luahan seorang ibu. Didoakan semoga Ameena menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya.
Kredit: Instagram Shakilla Khoriri
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.