Oh! Artis

Baru Nak Berangan ‘Hot’, Zarina Anjoulie Tak Perasan Jubah Tersedut Celah Bontot

Published on

Pelakon, Zarina Anjoulie buat netizen terhibur apabila dengan selamba memuat naik video lucu di mana jubahnya terselit di celah punggung.

Hal ini kebiasaannya berlaku kepada wanita yang memakai kain atau jubah, betul tak? Memang tak perasan pun. Tapi kadang kala orang lelaki pun kena jugak bila pakai kain pelikat tu.

Kejadian ‘biasa’ berlaku ini membuatkan netizen terbahak ketawa mengenangkan mereka juga pernah mengalami situasi itu.

Menurut Zarina atau lebih mesra disapa Anju, dia baru je berangan ‘hot’ dengan solekan on point tapi baju pula tak bagi kerjasama apabila ‘tersedut’ di depan orang ramai. Ditambah pula dengan anak tudung yang tiba-tiba tertarik menampakkan cuping telinga.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa terhibur dengan gelagat bersahaja Anju. Boleh pulak dia ‘up’ momen tu kan?

Kredit: Instagram Zarina Anjoulie

Exit mobile version