Oh! Artis

“Banyok Pengorbanan Mi” – Ucapan Asif Buat Syahmi Sazli, Tak Sangka Menang Anugerah

Published on

Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH34) pasti menjadi momen terindah bagi Asif Suhaimi apabila dia dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular.

BACA: “Ikan Paus Lalu” – Netizen Terkejut Nampak Hidupan Laut Di Pentas ABPBH34

Mula menerpa nama menerusi drama spontan terbitan Syahmi Sazli Production, dia sendiri tidak menyangka memenangi kategori tersebut.

Di Instagram, Asif mengucapkan terima kasih kepada tulang belakangnya, Syahmi Sazli yang telah banyak berkorban dari awal pembabitannya dalam video.

Terima kasih @syahmisazli banyok pengorbanan Mi untuk Asif. Semoga Allah sentiasa permudohkan urusan Mi dan keluarga.

Asif dengan rendah diri berterima kasih di atas sokongan orang ramai terhadapnya. Dia merasakan ramai lagi yang layak merangkul anugerah itu.

Kredit: Instagram asifsuhaimi02

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version