Oh! Artis

“Asyik Nak Tunjuk Kau Punya Sabar” – Kakak Adira ‘Sound’ Datin Red, Dedah Adiknya Selalu Digertak

Published on

Kakak kepada penyanyi Adira hilang sabar memberi amaran kepada isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu supaya berhenti membuli adiknya.

BACA: “Pinjam Duit Aku Tak Nak Pula Cerita” – Datin Red Dedah Sampai Jual Tanah Nak Tolong, Tapi Tak Dihargai?

Dalam satu hantaran, Emma Suhaimi berkata, ‘orang lain’ yang ditulis Datin Seri Sharifah Norshafila itulah yang banyak membantunya selama ini.

Emma berkata lagi, inilah kali pertama Adira dipuji secara terbuka oleh suaminya sendiri sepanjang 9 tahun berkahwin. Namun, pihak sana nampaknya tidak berpuas hati.

Yang orang lain kau cakap tu banyak membantu tak pernah mention pun. Semalam pun orang tu menangis tengok video lakinya pun diam tak tunjuk. Kita ikut menangis sekali dik.

Penyanyi kelahiran Sabah ini mencabar Datin Red untuk menghubunginya sendiri kerana banyak perkara yang perlu dibincangkan.

Sebagai seorang kakak, dia perlu tampil bersuara untuk mempertahankan adiknya yang sering digertak.

Kredit: Instagram Emma Suhaimi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version