Menurut laporan Gempak, dia kini lebih yakin untuk menjejakkan kaki ke Syria selepas mendapat doa serta restu ibu dan bapanya.
Keluarga saya tidak mempunyai sebarang masalah. Apa-apa yang menggembirakan saya, mereka menyokong dan bersetuju.
Menurutnya lagi, dia tidak memikirkan tentang keselesaan sepanjang berada di Syria meskipun dia bersama aktivis-aktivis yang lain bakal tidur di hotel, menumpang rumah orang dan sebagainya selepas dimaklumkan Pengerusi Syria Care, Ustazah Siti Sakinah.
Saya tak kisah bab itu. Bagi saya, soal keselesaan letak tepi dulu
Pengalaman yang bakal ditimba itu adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak dapat ditukar dengan wang ringgit
Bakal berangkat 11 April
Anuar Zain akan memulakan misi kemanusiaan di Turki sebelum ke Syria bakal berangkat pada 11 April dan dijangka akan berada di sana selama lapan hari. Dia turut teruja untuk merasai pengalaman berpuasa selama 17 jam sepanjang berada di sana.
Teruja rasanya hendak berpuasa selama 17 jam yang mana pengalaman itu adalah sesuatu yang baharu buat saya
Kami mendoakan agar perjalanan pergi dan pulang abang Anuar Zain sentiasa di bawah perlindungan yang Maha Esa. Aamiin Ya Rabbal Alamin