Apa sahaja situasi yang melibatkan anak, sudah tentu akan menguji jiwa dan raga kita sebagai orang dewasa. Begitulah juga apa yang dilalui pelawak dan pengacara, Shuk Sahar yang terpaksa memujuk anak-anaknya yang menangis tidak mahu berpisah dengan ayah mereka.
Situasi itu dikongsikan Shuk di aplikasi TikTok di mana dia sedang memujuk anak bongsunya, Nur Assyifatu Aimi.
Shuk Sahar cuba ambil hati dengan bawa jalan-jalan sekitar Sabah…
Tapi adik nak tidur dengan ayah. Adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah. – Kata Aimi.
Shuk kemudian membawa anak-anaknya berjalan sekitar Sabah untuk memujuk hati mereka sebelum berpisah.
Untuk pengetahuan korang, anak-anak Shuk kini tinggal bersama Rossa Sera di Sabah sejak mereka tidak lagi tinggal sebumbung. Shuk dan Sera juga disahkan berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.