Baru-baru ini tular di media sosial aksi seorang lelaki mirip penyanyi terkenal sedang mencium dan berpelukan dengan gadis seksi di kelab malam.
BACA: “Dia Ada Agama” – Didakwa Hamilkan Gadis Dan Kahwin Senyap-Senyap, Ibu Ismail Izzani Beri Respon
Ramai yang mendakwa penyanyi itu adalah Ismail Izzani berdasarkan rakaman video yang agak jelas menunjukkan rupa parasnya. Namun setakat ini, tiada respon dikeluarkan penyanyi itu. Mana tau pelanduk dua serupa kot kan?
Bila dah viral video tu, ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam turut terima tempiasnya. Mana taknya, netizen mula menyerang ruangan komen perkongsian gambar di Instagram ibu penyanyi ini.
Mereka meluahkan rasa kecewa dan menegur si ibu supaya menasihati anak.
Tak hanya mendiamkan diri, Datin Suliza Salam menjawab tiada siapa dapat menentukan pengakhiran hidup seseorang. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Pengampun dan mampu mengubah seorang hamba-Nya.
Meninjau ke Instagram Ismail Izzani, penyanyi itu turut menerima kritikan bertubi-tubi daripada para pengikut. Ramai yang memerli penyanyi itu berikutan video yang tersebar meluas tu.
Kredit: Instagram Suliza Salam
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.