Oh! Artis

Amber Heard Berdepan Risiko Kemusnahan Kerjaya Di Hollywood Dan Muflis Kata Pakar AS

Published on

Kemenangan yang memihak kepada Johnny Depp nampaknya memberikan mimpi ngeri kepada Amber Heard. Ini selepas dia perlu membayar ganti rugi sebanyak AS$10.4 juta (RM45 juta) kepada bekas suaminya itu.

BACA: Muka ‘Blank’ Amber Heard Selepas Kalah Kes Saman Fitnah Johnny Depp Tarik Perhatian Ramai

Peguam yang mewakili Amber turut memaklumkan anak guamannya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Amber mengalami masalah kewangan selepas perlu membayar guaman yang tinggi, perbelanjaan mewah sebelum kes dan kehilangan beberapa kontrak selaku duta produk terkenal.

Benar, Amber kini pokai dan tidak mempunyai sebarang cara untuk membayar denda yang ditetapkan mahkamah atas kekalahannya kepada Johnny.- Kata Elaine Bredehoft.

Amber ketika ini hanya berpeluang untuk membuat rayuan bagi membantah keputusan juri yang berpihak kepada Johnny Depp. Jika rayuan juga gagal, dia tidak mampu buat apa-apa lagi.

Pakar perhubungan awam AS juga melihat Amber tidak ada jalan lagi untuk mendapatkan semula hidupnya di Hollywood.

Exit mobile version