Sebelum ni Ohmedia ada kongsi tentang rakaman video yang menunjukkan keganasan rumah tangga membabitkan seorang lelaki yang didakwa bekas suami penyanyi dangdut popular.
Dalam rakaman yang tersebar tu, lelaki terbabit dilihat mengheret seorang wanita dipercayai isterinya dan memukulnya berkali-kali dihadapan kanak-kanak perempuan.
Nama Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 48, bagaimanapun dikaitkan dengan lelaki itu selepas satu komen mengatakan lelaki tersebut merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi dangdut.
Tidak ada kena mengena dengan dirinya
Sedar namanya dipetik, Amelina tampil menjelaskan lelaki tersebut tiada kena mengena dengan dirinya dan meminta agar perkara tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Saya tak mahu komen kerana hal itu tiada kaitan pun dengan saya. Tentang video tersebut biarlah pihak berkuasa yang buat siasatan.”
Jelasnya lagi, jika benar lelaki itu adalah bekas suaminya sekali pun dia enggan masuk campur kerana mereka kini sudah tidak ada sebarang kaitan.
Tidak mahu ingat lagi
Tambah Amelina, dia juga sudah lama melupakan semua perkara tentang kehidupan lampaunya memandangkan kini sudah mempunyai kehidupan baru bersama anak-anak.
Minta maaf, bukan saya tak kesian tetapi apabila namanya disebut-sebut secara tidak langsung ia menggamit memori lampau yang tidak mahu saya ingat lagi.”
Sementara itu, polis telah membuka kertas siasatan berhubungan perbuatan lelaki terbabit yang mendera seorang wanita di sebuah rumah di sekitar Kajang, Selangor.