Pelawak, Ali Puteh akhirnya selesai membayar hutang kepada Hidayah sebanyak RM72,490. Jumlah tersebut dipersetujui oleh peguam Ali selepas menolak hutang daripada balu Abam sebanyak RM3,000.
BACA : Bukan Sebab Berlagak, Ini Punca Sebenar Hidayah Tolak ‘Cash’ RM75,000 Dibawa Ali Puteh
Kesemua wang tersebut dimasukkan melalui ‘Cash Depost Machine’ (CDM). Beliau juga ada kongsikan 27 keping resit sebagai bukti pembayaran.
Selepas ini harap tiada lagi sebarang dakwaan atau berpanjangan isu ini. Maaf lambat sedikit sebab ada kekangan kerja
Sebelum ini Ali ada datang ke rumah Hidayah untuk membayar hutang tersebut secara tunai, namun ditolak oleh Hidayah atas nasihat peguam.
Apa-apa pun kes mereka berdua sudah selesai dengan baik. Semoga kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang selepas ini.
Kredit: Instagram Ali Puteh
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media