Pengarah dan pelakon popular, Farid Kamil tidak berasa menyesal akan segala nasib dan hukuman yang telah menimpa dirinya.
BACA: Rayuan Dibenarkan, Hukuman Penjara 13 Bulan Farid Kamil Diganti Denda
Memetik dari laporan Harian Metro, suami kepada Diana Danielle ini menganggap akan setiap hukuman penjara dan denda yang telah dikenakan adalah ujian Allah untuk menguji tahap keimanannya.
Ambil dari sudut positif
Farid pernah dijatuhi hukuman penjara dan denda atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah, mengeluarkan perkataan tidak sopan serta menghalang anggota polis dari melakukan tugas.
Namun, Farid menganggap setiap hukuman yang diterima atas dirinya merupakan satu ujian dari Allah yang mampu ditanggung oleh dirinya.
Saya bukan saja rasa tapi nampak perkara itu berlaku di depan mata. Itu menunjukkan bahawa ujian yang diberikan kepada saya, mampu atau tidak saya tanggung
Terbaru, Farid telah mempromosikan filem Remp-it 2 yang akan ditayangkan di panggung wayang pada 24 November ini.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.