Sebelum ini adik kepada penyanyi Ayda Jebat, Fyna Jebat telah mengesahkan tentang berita dirinya berkahwin dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Walau bagaimanapun, Fyna Jebat masih belum memuat naik sebarang gambar perkahwinan bersama Zainal Abidin.
Terbaru! Datuk Zainal dan Fyna dilihat keluar makan berdua bersama pasangan pelakon, Datuk Mustapha Kamal dan isteri.
Mustapha berkongsi satu video di TikToknya yang menunjukkan momen mereka makan malam bersama.
Menerusi ruangan komen, ramai yang ‘berpuas hati’ dan percaya yang pasangan itu telah berkahwin. Apapun, semoga bahagia hingga ke akhirnya buat pengantin baru itu.