Oh! Artis

“Ain, Amy Tunggu Tau, Ayah Datang” – Shuk Terbang Ke Sabah Selepas Hampir Sebulan Lebih Tidak Berjumpa Anak

Published on

Kemelut rumah tangga yang dihadapi pelawak dan pengacara, Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Bahkan, mereka juga difahamkan sudah tidak tinggal sebumbung selepas Sera membawa dirinya bersama anak-anak untuk tinggal di Sabah.

BACA: (Video) Netizen Sebak Lihat Gelagat Hamzah Cium Gambar Abam, Berulang Kali Sebut ‘Ayah’

Shuk terbang ke Sabah selepas sebulan lebih tidak berjumpa anak

Baru-baru ini, Shuk Sahar ada memuat naik satu video di TikTok meluahkan kerinduannya terhadap anak-anak.

@shuksahar Hanya rindu #fyp #hartaduniaakhirat #shuksahar ♬ original sound – shuksahar

Menerusi video tersebut, bekas ahli kumpulan Balas itu memaklumkan bahawa sudah hampir sebulan lebih dia tidak berjumpa dengan anak-anaknya, Ain dan Amy yang berangkat ke Sabah pada awal bulan Ramadan yang lalu.

Shuk yang tidak mempunyai apa-apa perancangan lantas membeli tiket penerbangan ke Sabah bagi membuat kejutan dan berjumpa bersama anak-anaknya.

Setibanya Shuk di Sabah, dapat dilihat kegembiraan terpancar di wajah Shuk dan anak-anaknya selepas sekian lama tidak berjumpa.

Walau apa pun, dia tetap ayah kepada anak-anak itu

Perkongsian Shuk itu mendapat respon dari netizen yang memuji tindakan Shuk berangkat ke Sabah untuk bertemu dengan Ain dan Amy.

Semoga kemelut rumah tangga yang dihadapi Shuk dan isteri dapat diselesaikan dengan cara yang baik demi kebahagiaan anak-anak.

Kredit: TIkTok shuksahar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version