Oh! Artis

Ada Lagi Satu Kertas Siasatan Gangguan Seksual Melibatkan Ebit Lew?

Published on

Hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan melaporkan tentang perkembangan kes melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew. Satu lagi kertas siasatan untuk kes gangguan seksual sedang disiapkan.

Dalam kenyataan itu, pihaknya dikatakan sedang melengkapkan siasatan berhubung laporan yang dibuat di Semenanjung. Antara yang perlu dilengkapkan adalah mengesan saksi untuk menguatkan lagi dakwaan terbabit.

Belum pasti bila akan didakwa, masih disiapkan siasatan lagi. – Kata Jalil.

Ebit Lew sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom terhadap 11 pertuduhan berkait gangguan seksual.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version