Rasanya ramai yang dah tahu bahawa pengarah dan pelakon kontroversi, Syamsul Yusof memutuskan untuk tidak melepaskan isteri pertamanya, Puteri Sarah semalam.
Bukan tu jer, Puteri Sarah juga telah mendedahkan yang dirinya pernah dipukul suaminya tiga tahun lalu dan perkara ini buatkan dia keluar dari rumah pada tahun 2020.
Apa yang menarik perhatian apabia anak pertama kepada Syamsul Yusof dan Puteri Sarah, Syaikhul Islam juga memberitahu kepada Datuk Yusof Haslam yang dia sudah tahu tentang masalah yang dihadapi ibubapanya. Hm, budak baru 5 tahun tu..
Difahamkan, Syaikul telah menonton klip video di YouTube berkaitan tentang masalah yang dihadapi oleh orang tuanya.
Sekadar info, masalah rumah tangga mula menjadi ‘kecoh’ setelah Puteri Sarah mendedahkan Syamsul berlaku curang terhadap dirinya selama 4 tahun dan lagi membuatkan hal ini menjadi besar, Syamsul turut mendedahkan dia sudah pun berkahwin dengan ‘orang ketiga’ iaitu Ira Kazar di Thailand.