Pelakon hebat, Beto Kusyairy sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia sering mendapat soalan mengenai zuriat daripada orang ramai setelah hampir 14 tahun mendirikan rumah tangga.
Meskipun begitu, pelakon filem Mat Kilau itu sama sekali tidak melatah dan akur dengan ketentuan rezeki yang telah ditetapkan terhadap rumah tangganya.
Banyak inisiatif yang dilakukan
Memetik laporan Xtra, Beto memaklumkan bahawa sudah bermacam cara yang dilakukannya dan isteri untuk mendapatkan anak tapi masih lagi belum ada rezeki.
Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.
Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya.
Rupanya ada tanya Beto tak nak kahwin lagi ke?
Sebelum ini, tular satu video dimuat naik Beto yang menunjukkan keserasiannya dengan isteri, Tisha Shahar.
Namun begitu, apa yang menjadi perhatian warganet ialah beberapa kapsyen yang ada dalam video tersebut yang menunjukkan beberapa soalan yang sering diajukan orang kepadanya.
Dah 14 tahun kahwin, tak ada anak lagi. Tak nak kahwin lain ke?
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kedua-dua pasangan ini yang sentiasa tabah dan setia antara satu sama lain. Mereka juga mendoakan agar Beto dan isteri dikurniakan zuriat yang sihat secepat mungkin.