Malah, ada sesetengah keluarga yang mengamalkan budaya moreh ini di rumah. Memang tak sah kalau tak ada kudapan selepas terawih kan?
Bagi korang yang pening tak tahu nak makan apa untuk moreh malam ini, apa kata cuba resepi yang dikongsi pengguna TikTok Far Cooking Channel ini. Guna ubi kentang je!
Bahan-bahannya
Dua biji ubi kentang
Garam
Sedikit tepung gandum
Tiga sudu tepung jagung
Cara-caranya
Cara-caranya senang sahaja, ambil dua biji ubi kentang dan kupas kulitnya sebelum direbus. Setelah ubi kentang empuk, lenyekkan sehingga hancur. Tambah sedikit garam, tepung gandum dan tiga sudu tepung jagung.
Gaul rata dan bentukkan menjadi segi empat. Potong kecil dan tekan menggunakan garfu. Goreng dalam minyak panas dan sedia untuk dihidang! Senang je kan?
Video penuh:
Fuh korang dengar lah sendiri kerangupan potato pillow ni. Krup krap krup krap memang sedap makan panas-panas. Jom cuba.