Oh! Arena
Ini Sebabnya Azizulhasni Awang Mungkin Tak Jadi Bersara?
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mungkin tak jadi bersara dan dia ingin berbincang semula dengan ahli keluarganya mengenai keputusan yang dibuatnya sebelum ini.
BACA: “Harap Peminat Berhenti Bercakap Mengenai Saya”- Azizulhasni Awang Umum Bersara
Menurut laporan Harian Metro, semua rakan sepasukan berbasikal trek kebangsaan meminta dirinya untuk meneruskan karier ini kata Azizulhasni.
Beberapa hari selepas perlumbaan, Shah, John dan pasukan saya memang berharap kalau boleh mempertimbangkan semula sehingga ke Los Angeles 2028. Tapi bagi saya, saya perlukan masa untuk duduk bersama keluarga, kosongkan fikiran saya daripada apa yang berlaku.
Apa yang berlaku ini, di luar kebiasaan dalam karier saya tetapi bagi saya, mereka tahu, kalau saya berhenti pun saya masih akan aktif dengan sukan terutama berbasikal.
Akan terus berkayuh tetapi paling penting, kalau mereka perlukan bantuan saya, kalau Shah perlukan rakan sepelatih, bantu dia atau ada pelumba muda mahukan rakan sepelatih, saya boleh pertimbangkan.
Namun buat masa sekarang, saya rasa saya perlukan masa kerana untuk kali ini, sangat mencabar. Bukan sahaja fizikal, latihan keras saya sudah biasa tetapi mental, saya ada keluarga, anak yang sedang membesar dan sentiasa bertanya kepada saya.
Dua tahun lalu, bila tahu masalah jantung itu, memang keluarga sudah meminta saya berhenti sebenarnya dan tak ada lagi nak capai tapi saya kata, saya berjanji bagi saya satu lagi Olimpik. Olimpik terakhir. Itu saya janji pada keluarga, ibu saya, isteri, anak hanya mahu lakukan untuk negara, saya terkilan tetapi masih perlukan masa.
Bukan tu jer, jaguh berbasikal itu juga akui yang dia masih belum boleh menerima kegagalannya untuk dapatkan pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024, tambah lagi dalam acara kegemarannya, keirin.
Saya masih tak boleh terima sepenuhnya apa yang berlaku kerana kebiasaannya kalau saya kalah dalam perlumbaan, saya masih boleh ekspresikan lagi kekuatan dalam perlumbaan saya… itu saya boleh terima.
Tapi ini (di Paris 2024), saya tak dapat buat apa-apa, saya memang tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Kalau kita sebagai atlet ini, kita makan, tidur kita, kita hidup untuk sukan, untuk negara.
Bahkan saya sendiri pun, saya letakkan keluarga saya nombor dua… apa-apa memang sukan dulu, saya cuti pun saya masih lagi berlatih. Saya fikir untuk Olimpik.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM