COVID-19

Lebih 850k Warga Emas Belum Terima Dos Penggalak

Published on

Seramai 864,450 warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas masih belum mendapatkan dos penggalak sehingga hari ini. Korang yang muda-muda ni dah ambil?

BACA : KJ Kongsi Gambar Kartun Di Instagram, Seolah ‘Menyindir’ Antivaksin?

Menurut laporan Kosmo, kes kematian akibat wabak yang melanda ketika ini masih tertumpu kepada golongan warga emas dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu posting di Twitter. 

Seramai 864,450 warga emas berusia 60 tahun ke atas masih belum menerima dos penggalak. Kes kematian sekarang banyak tertumpu kepada golongan tersebut terutama yang belum terima penggalak.

Khairy juga menjelaskan bahawa golongan yang berisiko ini harus dilindungi dan mereka perlu  mendapatkan dos penggalak dengan segera. 

Sejak 12 minggu yang lepas, jumlah kematian yang membabitkan golongan itu adalah yang paling tertinggi menerusi infografik yang dikongsikannya. 

Semoga wabak ini dapat berakhir secepat mungkin supaya kita dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala. 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version