COVID-19

Khairy Jamaluddin Selesai Terima Vaksin Sinovac Hari Ini

Published on

Seperti yang sudah sedia maklum, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin juga selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan menerima jenis suntikan vaksin Covid-19 yang berlainan dengan Perdana Menteri Malaysia.

Terbaharu, Khairy Jamaluddin telah menjadi individu pertama di Malaysia yang menerima suntikan vaksin Sinovac buatan negara China di Hospital Rembau, lapor Awani.

Beliau selesai menerima vaksin Sinovac tepat jam 1.32 petang tadi dan disuntik oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abd Samad. Kelihatan beliau tenang ketika menerima suntikan tersebut dan proses itu tidak mengambil masa yang lama.

Seramai 10 petugas barisan hadapan kemudiannya menerima vaksin dan ia turut disempurnakan Salha dan beberapa pegawai kesihatan lain.

Kredit : Astro Awani, Twitter

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version