Umum

Yoe Parey Hampir Keluarkan Air Mata Selepas Dengar Nasihat Dari Ustaz Ebit Liew

Published on

Sumber Gambar: Dunia Dan Akhirat

Mesti ramai di antara korang sangat mengenali Ustaz Ebit Lew yang sentiasa berdakwah dan menasihati masyarakat Malaysia. Baru-baru ini Ustaz Ebit ada berjumpa dengan Yoe Parey dan Asif selepas selesai ceramah di Matrikulasi Kelantan. Walaupun sudah jam 12 malam, Ustaz Ebit tetap pergi luangkan masa bersama Youtuber terkenal Syahmisazli, anissafaizul, Asif dan Yoe Parey.


Ustaz Ebit memuji sikap mereka yang sangat rendah diri dan banyak minta nasihat. Banyak nasihat yang Ustaz Ebit kongsikan antaranya tentang solat, keluarga dan ibu sehingga membuatkan Yoe berlari ke kereta ambil telefon untuk hubungi ibunya. Yoe juga selalu dengar ceramah Ustaz Ebit sambil menangis.

Untuk pengetahuan korang, Ustaz Ebit Liew merupakan seorang yang berbangsa cina dan mendapat hidayah dari Allah SWT ketika berumur 12 tahun dan beliau juga telah mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati Islam. Ohmedia doakan Ustaz Ebit dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan dakwah dan semoga niat baik Ustaz Ebit dipermudahkan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Exit mobile version