Umum

Wanita Godam Bank Untuk Mobile Legends? Betul Ke Ni?!

Published on

Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang wanita selepas didakwa menggodam dan mencuri dari sebuah bank dengan tujuan untuk membeli kelengkapan permainan mudah alih Mobile Legends yang mengakibatkan bank berkenaan rugi sebanyak RM533,700.

Wanita yang didakwa tersebut mengaku ada melakukan transaksi dalam talian untuk membeli kelengkapan yang ada pada permainan mudah alih berkenaan menggunakan akaun miliknya. Tetapi beliau menyedari duit didalam akaunya tidak berganjak. Menyedari keadaan itu, beliau pun meneruskan transaksi berkenaan berulang kali mencecah RM533,700.

Nasihat Oh! Media pada pemain pemainan video mudah alih dalam talian diluar sana, seeloknya laporkan sekiranya pekara ini berlaku. Dikhuatiri nasib yang sama akan menimpa korang juga nanti.


Sumber: Utusan

Comments

Exit mobile version