Oh! Artis

Wan Maimunah Tak Dapat Tahan Air Mata Terima Bantuan Dari Ustaz

Published on

Baru-baru ini tersebar satu video menunjukkan satu bantuan telah diterima oleh seorang pelakon wanita yang cukup hebat dalam dunia seni iaitu Wan Maimunah (Kak Wan) yang kini sudah berusia 67 tahun.

Video yang dikongsikan Tengku Khalidah di instagram ini menyentuh hati ramai orang, lagi-lagi bila melihat keluarnya air mata kak Wan yang mengakui terkejut melihat bantuan yang tiba dari jauh.

Kak Wan cukup terkenal dengan penghayatan setiap watak yang dibawanya dahulu, apatah lagi babak yang menggunakan air mata. Tetapi, kali ini kak Wan tak dapat menyembunyikan air matanya apabila menerima bantuan makanan harian seperti beras, roti dan sebagainya untuk bekalan sepanjang PKP.

Sumbangan ini disampaikan oleh Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa orang ustaz lagi yang singgah ke rumah anak angkat kak Wan di Kota Puteri, Batu Arang Selangor.

Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang. Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya. – Kata kak Wan.


Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati dalam kalangan masyarakat kerana sumbangannya dalam bidang seni. Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya. Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu,” katanya yang turut menyumbang kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan petugas keselamatan dalam tempoh PKP. “Insya-Allah, bantuan akan diteruskan pada masa hadapan. Semoga usaha kecil ini tidak terhenti di sini. – Kata Ustaz Sheikh Mohammad.

OHMEDIA: DIHARAPKAN LEBIH RAMAI LAGI ORANG YANG MEMERLUKAN DIBANTU DAN KAMI SANGAT KAGUM MELIHAT SEMANGANT RAKYAT MALAYSIA YANG TANPA HENTI MENYALURKAN BANTUAN.


Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang terkesan dengan lakonan kak Wan di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version