Semakin ramai artis Malaysia menjalani ujian saringan Covid-19 kan? Alhamdulillah, kebanyakan diantara mereka didapati keputusan negatif dan ada segelintir daripada mereka mendapat keputusan sebaliknya.
Kali ini giliran pelakon dan pengacara, Zoey Rahman pula yang melakukan ujian saringan Covid-19 secara drive thru. Baru-baru ini, beliau berkongsi satu video di Instagramnya, @zoeyrahman menjalani ujian tersebut.
Saya telah dikenalpasti sebagai kontak terdekat kepada sesorang yang telah disahkan dijangkiti #Covid19. Semoga semuanya selamat. Semoga negara kita BEBAS COVID 19. #kitajagakita
Ohmedia doakan semoga urusan Zoey dipermudahkan dan mendapat keputusan negatif agar bebas daripada jangkitan wabak yang berbahaya ini. InsyaAllah, Amin. Stay safe everyone!
OHMEDIA: KITA BOLEH PUTUSKAN RANTAIAN WABAK NI. INSYALLAH BILA MASUK BULAN MULIA INI, DAPAT MENCEGAH COVID-19.