Korang tengok tak gambar seorang budak perempuan yang bernama Naura Auni memang iras sangat dengan pengacara Meletop, Neelofa yang tular di media sosial baru-baru ni? Kalau belum, boleh tengok dekat bawah ni ya?
Mimin dengar cerita time ibunya mengandung, ayahnya dok tenung gambar neelofa hehe. Sekali keluar…memang copy paste betul! pic.twitter.com/tkwZmqNuXC
Memang hampir 100% sama gais! Ohmedia dengar cerita time ibu Naura mengandung, ayahnya asyik tenung gambar Neelofa. Tu yang terkenan tu. Walau bagaimanapun, Naura dijemput ke rancangan Meletop tau bersama ayahnya, Che Fadhlullah untuk berjumpa Neelofa.
Korang boleh tengok video dari rancangan Meletop dekat atas ni. Kot-kot lah korang tak percaya Ohmedia kan yang Naura ni ada iras dengan Neelofa. Yang paling menariknya, tempat tahi lalat pun sama okay! Tu yang mahal.