Umum

United Berjaya Tundukkan Chelsea 2-0 Di Piala FA

Published on

Seperti yang dijangkakan, pasukan Manchester United telah berjaya menundukkan Chelsea awal pagi tadi dengan keputusan 2-0 pada pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge.

Ole Gunnar Solskjaer turut berpuas hati dengan persembahan pemainnya kerana ia merupakan kemenangan yang amat penting selepas kekalahan di tangan PSG sebelum ini.

“Ia adalah persembahan sempurna daripada segi pertahanan,” kata Solskjaer. “Taktik berjalan dengan lancar. Saya meminta pemain-pemain bertahan lebih ke atas dan mereka melakukannya.

“Chelsea adalah pasukan yang bagus. Mereka mempunyai cara permainan tersendiri tetapi Juan Mata melakukan tugas dengan hebat terhadap Jorginho dan kami bertahan dengan sempurna. Kami tidak dibolosi.

“Ia adalah kemenangan besar selepas kekalahan di tangan Paris Saint-Germain dan kritikan yang kami terima.”

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version