Umum

Donald Trump Mengatakan Dirinya Kebal Dari Covid-19

Published on

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kembali berkempen serta merasakan dirinya kebal daripada Covid-19. Dengan nada yang sedikit sombong, Trump seolah-olah memerli pesaingannya Joe Biden yang kurang sihat dan mengalami masalah batuk yang teruk. 

Untuk pengetahuan korang, Trump kini bebas dari virus tersebut dan doktornya telah mengesahkan bahawa Trump tidak lagi mempunyai risiko untuk dijangkiti Covid-19. 

Walaubagaimanapun. World Health Organization (WHO) masih belum memiliki data yang cukup mengenai jumlah antibodi yang diperlukan serta berapa lama ia boleh melindungi individu dari virus itu.

Trump yang sebelum ini dirawat di hospital selama 3 hari telah bangkit dari ketinggalan dalam kempen pilihanraya untuk menentang pencabarnya, Joe Biden.

OHMEDIA: NAMPAKNYA TRUMP LEBIH MEMENTINGKAN KEMPEN PILIHAN RAYA DARI MASALAH COVID-19 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Donald Trump mengatakan dirinya kebal dari Covid-19 di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version