Umum

Timbul Pula Isu Manchester City Ingin Membeli PJ City

Published on

Kini telah tersebar maklumat mengatakan pasukan Juara Liga Perdana Inggeris musim ini, Manchester City ingin membeli sebuah pasukan Liga Malaysia, Petaling Jaya City (PJ City). Namun ia dipersoalkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan mengatakan bahawa ia tidak benar.

Sebelum ini dalam satu kenyataan, Timbalan Presiden PJ City, S Chandragesan juga ada berkata bahawa ia bukanlah urusan jual beli, namun lebih kepada mendapatkan sokongan teknikal dan kerjasama bagi membangunkan akademi bersama City.

TMJ pula telah berkongsi paparan mesej WhatsAppnya bersama seorang individu, Tincho 2 yang mengatakan perkara ini hanya sengaja diperbesarkan.


Menerusi perkongsian Instastory TMJ tertulis: “Ferran memberitahu ia sengaja diperbesarkan. Dia datang ke KL untuk bertemu penaja sebagai penghargaan di atas kenyataan diberikan menteri.

“Memang mereka menaruh minat terhadap Malaysia sama seperti negara lain, tetapi mereka tidak berminat untuk membeli mana-mana kelab,” kata petikan yang dikongsi Tincho 2 kepada TMJ.

Menariknya petikan itu dipanjangkan olehnya kepada TMJ selepas mendapat hantaran daripada individu bernama ‘Laporta Papa’.

Persoalan ini timbul apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman telah mendedahkan bahawa City berminat untuk membeli sebuah pasukan tempatan kelmarin yang sebelum ini telah mengadakan mesyuarat bersama delegasi City diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ferran Soriano kelmarin, namun tidak dinyatakan dengan tepat kelab mana yang menjadi pilihan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version