Kali ini mereka yang ditahan adalah berusia antara 40 hingga 43 tahun dan ditahan sebaik sahaja memberikan kenyataan di pejabat SPRM di Putrajaya petang semalam.
Wang perlindungan ini seolah-olah menjadi suatu budaya dalam kalangan penguat kuasa sehingga menyebabkan peniaga-peniaga termasuk premis judi tidak takut kepada sebarang tindakan penguatkuasaan. – Kata sumber Berita Harian.
Nampaknya lebih ramai lagi akan ditahan kerana setakat ini sudah lapan orang penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga warga Acheh yang menjual rokok seludup telah ditahan.