Umum

Tiada Lagi Sokongan WhatsApp Pada Smartphone Lama, Kata Syarikat Aplikasi Berkenaan

Published on

Sumber gambar dari The Verge

Seiring dengan perkembangan teknologi dan perisian, syarikat aplikasi terkenal, WhatsApp telah mengumumkan bahawa aplikasi mereka tidak lagi menyokong telefon pintar lama bermula tahun depan. Ini seperti yang dinyatakan dalam laman sesawang rasmi mereka. Menurut mereka, hal ini membabitkan beberapa model telefon pintar.

Sambil itu mereka turut mendesak agar pengguna menukar telefon pintar lama sedia ada kepada yang baru untuk menikmati perkhidmatan mereka dengan selesa. Tambah mereka lagi, di petik Dari Awani, semua telefon dengan operasi Windows, bermula 31 Disember 2019, iOS 7 kebawah bagi iPhone serta Android 2.3.7 kebawah turut akan disekat bermula 1 Februari 2020. Tujuan mereka adalah untuk membaiki ciri-ciri yang ada pada aplikasi berkenaan supaya lebih menyenangkan pengguna.

Sumber: Awani

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube



Comments

Exit mobile version