Umum

Tiada Lagi Dunkin’ Donuts, Hanya Dunkin’

Published on

Berapa ramai antara kita yang sudah cukup biasa mendengar nama Dunkin’ Donuts yang kita ketahui popular dengan menu donut pelbagai perisa mereka.

Tetapi, menurut satu laporan dari CNN, Dunkin’ Donuts akan mula dikenali sebagai Dunkin’ bermula tahun hadapan. Dunkin’ juga telah memaklumkan akan mengubah semua papan tanda, bungkusan makanan dan minuman dengan Dunkin’.

Perubahan ini dipercayai sebagai usaha untuk memperbaharui imej yang menjadikan minuman seperti teh dan kopi sebagai produk utama, tetapi masih mengekalkan donut dalam menu. Hal ini disebabkan oleh 60% hasil jualan Dunkin’ di Amerika disumbangkan oleh minuman sahaja.

Comments

Exit mobile version