Umum

“Tapi Sebab Minat, Langgarlah” – Jawapan MK K-Clique Kecewakan Peminat

Published on

Simple betul jawapan dari MK K-Clique ni kan? Langgar jer lah erk? Ohmedia maksudkan dengan persoalan dan rasa kecewa peminat MK yang dapat dilihat di ruang komen Instagram rasminya apabila MK telah berkongsi banyak gambarnya menggayakan aksesori barangan kemas.

Tetapi, Muhammad Hairi Amin Hamdan yang sebelum ini menyentuh perasaan peminat yang dilihat sangat rapat dia dengan ibunya telah membuatkan peminat kembali kecewa dengan jawapan yang diberikannya.

Saya sedar dan tahu (salah di sisi hukum agama), tapi sebab minat, langgarlah (pakai juga). Bagi saya tu perkara biasa. Daripada jadi penipu, baik jadi diri sendiri. Sendiri mau tanggung, keep it real. Kita masing-masing adalah pendosa, jadi ini bukan sebab untuk netizen menjatuhkan hukum. – Kata MK.



Bagi Ohmedia, peminat memang ada hak untuk menegur artis yang mereka minati. Bagaimanapun, MK telah menambah yang dia tiada niat untuk menunjukkan contoh yang tak baik kepada peminatnya dan barangan kemas yang dipakai hanyalah untuk tujuan persembahan sahaja. Ohmedia rasa korang kena lepak satu meja dengan MK dulu ni baru tahu dia macam mana.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Exit mobile version