Oh! Negara

Syabas Saya Ucapkan Kepada Paskal – Mat Sabu

Published on

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu kelihatan datang memeriahkan suasanan malam pratonton filem Paskal di GSC Mid Valley, Selasa lalu dan memberikan ucapan syabas kepada semua krew produksi dan pelakon.

Ucapan tersebut telah dikeluarkan di akaun Twitter miliknya, @MSabu_Official.

“Memenuhi undangan ke Tayangan Perdana Filem Dokumentasi Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu PASKAL The Movie di GSC Mid Valley Megamall semalam. Syabas saya ucapkan kepada kesemua krew produksi dan pelakon filem PASKAL,” tulisnya.

Dalam majlis tersebut, Mohamad menjadi tumpuan atas sikap sportingnya yang turut meluangkan masa untuk menonton filem tersebut bersama para pelakon dan tetamu jemputan yang lain.

Filem Paskal mengangkat kisah perjuangan anggota elit, Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Comments

Exit mobile version