Umum

SUV Terhumban Ke Laut Selepas Kemalangan Ditemui

Published on

Akhirnya, kenderaan SUV yang dipercayai terhumban ke dalam laut dari jambatan Pulau Pinang selepas terlibat kemalangan telah dijumpai pada jam 4 petang sebentar tadi.

Ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah iaitu Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata kenderaan terbabit ditemui 15 meter daripada tiang 34 jambatan itu.

“Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) kini masih menjalankan kerja-kerja mereka di lokasi kenderaan itu ditemui.

“Kita akan mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat,” katanya.

Kini sedang giat dijalankan kerja-kerja menaikkan SUV berkenaan dengan menggunakan kren.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version