Nampaknya, jenama Supreme palsu lebih menyerlah dan diminati ramai peminat dan ini dapat dilihat apabila kedai Supreme Italia itu dikatakan akan membuka butik 3 tingkat di Shanghai. Sebelum ini juga, Supreme palsu telah memaklumkan bahawa mereka telah berkolaborasi bersama syarikat Samsung.
Butik 3 tingkat itu dapat diketahui apabila terpampang di salah sebuah kedai di daerah Huangpu di Shanghai mengenai notis yang bakal menjadi lokasi pembukaan kedai tersebut nanti. Menurut laporan penduduk tempatan ,kedai 3 tingkat itu bukan sahaja menjual pakaian berjenama Supreme Italia tetapi juga bakal menjual produk kecantikan.
Tahun lalu, jenama asli Supreme telah mengemukakan tindakan undang-undang di mahkamah mengenai jenama palsu tersebut di Itali. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila mahkamah akhirnya memutuskan Supreme Italia dibenarkan dan sah untuk dijual di pasaran umum.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.