Setelah peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Agong menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lepas, kini telah diumumkan Agong baharu setelah diadakan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pagi tadi.
Mesyuarat ini betujuan bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun.
Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu , Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Mengikut pengundian majoriti, Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Buillah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada 7 Januari berkata, Majlis Raja-Raja memutuskan istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong baharu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ditetapkan pada 31 Januari ini.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.