Umum

Sultan Johor Lantik TMJ Selaku Pemangku Raja Johor

Published on

Menerusi laporan Kosmo, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Pemangku Raja Johor mulai hari ini.

BACA: “Ingatkan Jurulatih Asing Lain, Rupanya 2×5..”- TMJ Tak Puas Hati Dengan Kim Pan-gon

Baginda bertitah demikian pada hari ini, ketika berucap merasmikan Persidangan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar.

Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini.

Bagaimanapun, Baginda tidak memaklumkan pelantikan itu berkuat kuasa sampai bila.

Kali terakhir Tunku Ismail dilantik menjadi Pemangku Raja adalah pada 11 Ogos 2019.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Exit mobile version