Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza mengadakan satu majlis untuk menyambut hari jadi dan sempena anniversary Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di rumah kediamannya. Alahai, baiknya hati Tokti. Korang ingat majlis yang Tokti buat tu biasa-biasa je ke? Fuh lain macam Tokti buat untuk diaorang tau!
Walaupun majlis itu disambut secara besederhana tetapi bagi sis macam….LUAR BIASA sebab sis nampak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bermain alatan muzik iaitu biola. Fuh, yang ni nampak rare. Cuba korang bayangkan Perdana Menteri kita sambut birthday dan anniversary di rumah kita sendiri? Mesti bestkan bila tengok Perdana Menteri sudi datang rumah kita.